Kami ingin menjemput anda untuk menilai
perniagaan ini secara objektif. Sepertimana juga perniagaan-perniagaan lain, unsur risiko dan juga untung rugi
sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun, berbeza dengan perniagaan konvensional di mana kita perlu mempunyai modal yang tinggi
dan juga menggunakan kudrat untuk menjayakan usaha kita, perniagaan e-Dagang seperti Uptrend tidak memerlukan modal tinggi
dan penggunaan kudrat yang berterusan.
Perniagaan e-Dagang boleh dimulakan dengan modal
yang rendah mengikut kemampuan kita. Dengan menyediakan modal mengikut bilangan ‘kedai’ yang dipilih, kita
boleh terus memulakan perniagaan kita sebaik sahaja mendaftar. Tanpa mengira rupa, bangsa dan pangkat, kita boleh menggunakan
sistem canggih bernilai jutaan ringgit yang telah dibangunkan oleh Uptrend untuk mempromosikan perniagaan kita.
Ianya boleh dilakukan oleh semua golongan tidak kira samada anda seorang profesional,
pegawai kerajaan, kakitangan swasta, pelajar, surirumah dan sebagainya. Ramai yang telah berjaya dan diantaranya ialah guru,
pemandu lori, pelajar, surirumah, doktor, peguam, penjaja dan sebagainya. Mereka telah mencipta kejayaan peribadi dengan pendapatan
lumayan mencecah ratusan ribu ringgit setahun. Malah lebih 20 orang jutawan
juga telah dilahirkan di dalam masa yang singkat (2 tahun) di Uptrend. Anda hanya perlu mencari di internet atau pergi ke
ibu pejabat Uptrend di Petaling Jaya untuk mendapatkan butir-butir yang anda perlukan seperti penyata akaun/pendapatan atau
berjumpa terus dengan jutawan-jutawan yang telah dilahirkan.
Butir-butir berkaitan dengan kejayaan usahawan Uptrend dan juga cara-cara untuk berjaya
di dalam perniagaan ini telah dicatatkan serta direkodkan di dalam majalah-majalah utama seperti majalah Wanita, perempuan, akhbar Utusan Malaysia dan lain-lain lagi. Sebuah akhbar dwi mingguan pula - Seleksi;
mempunyai ruangan tetap yang memaparkan pelbagai berita kejayaan dan aktiviti Uptrend di dalam setiap keluarannya. Anda boleh
mendapatkan salinan anda di mana-mana kedai buku dan majalah di pasaran.
Keuntungan di dalam perniagaan ini dijamin
dengan syarat anda berusaha untuk melakukan perancangan yang telah disediakan oleh syarikat untuk berjaya. Ianya semudah ABCD iaitu:
A: Jadi ahli B: Berkongsi C: Cari 2 orang rakan D: Duplikasi
Namun kejayaan itu tidak akan datang bergolek sekiranya anda tidak memulakan langkah pertama iaitu menjadi ahli. Hanya dengan mengambil tindakan barulah anda
telah pun memulakan jihad anda sebagai usahawan.
Hubungi saya untuk menjadi ahli:
Handphone; 017-8892115
Emel: mofabish@yahoo.com